Kilang di Senadin musnah terbakar

Keadaan api sedang marak membakar sebuah kilang.
Advertisement

MIRI, Feb 9: Sebuah kilang di Lorong Desa Senadin musnah terbakar malam tadi.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 9.35 malam itu, tiada laporan kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada pukul 9.39 malam.

Advertisement

Katanya, sejurus itu sepasukan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi memadam kebakaran.

Pasukan bomba berusaha memadam kebakaran.
Keadaan api sedang marak membakar sebuah kilang.

“Apabila tiba, pasukan bomba mendapati api sedang marak membakar kilang berkenaan.

“Pasukan bomba segera melakukan operasi memadam kebakaran untuk memastikan kebakaran tidak merebak ke kawasan berhampiran,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap sama memberitahu, kebakaran dipercayai bermula dari belakang Lot 1240 dan merebak ke Lot 1239.

Katanya, kedua-dua lot telah digabung menjadi satu lot menyebabkan bahan PVC mudah terbakar dan merebak serta mengeluarkan asap yg kuat.

“Kebakaran terkawal kira-kira dua jam selepas kejadian,” ujarnya. — DayakDaily

Advertisement