This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 4 Sept: Fateha Nasleen Suhailin (Kiki) dinobat juara Bintang Kecil RTM 2023 semalam.
Di pertandingan yang berlangsung di Arena Gemilang, Detar Putra Universiti Malaysia Sarawak, Kiki yang berasal dari Sabah turut memenangi Persembahan Terbaik.
Dengan kejayaan itu, Kiki membawa pulang hadiah sebanyak RM20,000 berserta trofi, sijil dan hadiah iringan serta hadiah Persembahan Terbaik sebanyak RM4,000.
Naib juara pula telah dimenangi oleh Nurfarina Farha Abdul Zahir dari Selangor yang membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000.
Tempat ketiga dimenangi oleh Wa’ie Mohd Zain dari Johor yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000.
Selain itu, Mohd Alif Ikmal Danial dari Sabah juga telah memenangi Bintang Pilihan Prodigy manakala lima finalis yang lain telah membawa pulang hadiah wang tunai saguhati sebanyak RM5,000 berserta sijil dan trofi.
Terdahulu, lapan finalis telah menyampaikan dua persembahan iaitu nyanyian solo dan nyanyian duet secara berkumpulan dengan finalis yang lain menyaksikan persembahan memukau dari para peserta yang bertanding.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Datuk Julaihi Narawi telah hadir bagi mewakili Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi penyampaian hadiah. — DayakDaily