Ketua-ketua komuniti sekitar Kuching hadir program memutuskan jangkitan rabies

Zaiedi (kanan) menyampaikan cenderahati kepada salah seorang penceramah.
Advertisement

KUCHING, 29 Jun: Ketua-ketua komuniti di sekitar Kuching Utara dan Kuching Selatan menghadiri program memutuskan rangkaian jangkitan rabies.

Program yang dikenali “Program Training of Trainers for the Management of Rabies in Sarawak dan Rabies Community Outreach Program with Kuching South and Kuching North Community Leaders” berlangsung selama 2 hari di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

“Semua peserta didedahkan kepada aspek kawalan populasi haiwan liar, penguatkuasaan undang-undamg berkaitan haiwan peliharaan.

Advertisement

“Kepentingan vaksinasi dan perlesenan,” kata Timbalan Datuk Bandar MBKS Dato Zaeidi Suhaili di majlis penutupan hari ini.

Tambah beliau, penglibatan ketua ketua komuniti adalah penting kerana mereka memainkan peranan sebagai pemyelaras komuniti rabies.

Objektif utama kata Zaiedi adalah untuk memutuskan rangkaian jangkitan rabies. — DayakDaily

Advertisement