Ketepi politik remeh, tumpu usaha sedia asas ekonomi kukuh buat Sarawak kata Tun Taib Mahmud

Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud

KUCHING, 12 Mei: Semua pihak diseru untuk mengenepikan agenda politik remeh khususnya melibat agenda peribadi dan kentingan kumpulan sebaliknya menumpukan usaha menyediakan asas kukuh bagi pembangunan ekonomi Sarawak.

Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Seri Abdul Taib Mahmud berkata, usaha harus ditumpukan untuk mengukuhkan kestabilan politik yang menjadi asas kepada pembangunan sosio ekonomi Sarawak

Katanya, adalah lebih penting untuk setiap agenda terbabit mempunyai hala tujuan untuk melahirkan pembangunan yang lebih adil serta saksama kepada segenap lapisan masyarakat di Sarawak.


“Selepas mendapat mandat yang besar daripada rakyat dalam pilihan raya 2016, Kerajaan Sarawak telah melaksanakan pelan pembangunan jangka panjang iaitu Rancangan Transformasi Sosio Ekonomi Sarawak (SETP) dengan objektif utama untuk mempercepatkan pertumbuhan dan megurangkan jurang pendapatan dikalangan rakyat di sarawak,” katanya menerusi perutusan Hari Raya Aidil Fitri hari ini.

Beliau berkata, perlaksaan SETP yang mengambil masa panjang pastinya akan memberikan tekanan kepada usaha untuk mewujudkan peluang membina ekonomi berpendapatan tinggi dan tidak sekadar menambah baik industri sedia ada.

Katanya, kerajaan harus memainkan peranan utama sebagai penggerak dalam menerokai potensi baharu dalam proses industrisasi ekonomi negeri selain terus menggalakan pelaburan swasta dalam sektor lain selain industri minyak dan gas.

“Dengan kata lain Sarawak hendaklah terus berusaha meningkatkan lagi pertumbuhan kasar pengelurannya (GDP) yang ketika ini berada pada RM121,814 dan pendapatan purata RM44,990.

“Kerajaan Sarawak pada masa kini juga telah berjaya menurunkan kadar kemiskinan ke paras kurang daripada tiga peratus,” katanya.

Menurut Abdul Taib, walaupun pada satu ketika Sarawak mempunyai poendapatan perkapita RM4,000 namun kini ia telah meningkat lebih 10 kali ganda kepada RM44,990.

Jelas beliau, kebolehan dan keterlusan kerajaan Sarawak mengurus sumber kewangannya telah sekali lagi mendapat penghargaan ‘Clean Certificate’ daripada Akauntan Negara menjadikana Sarawak menerima pengiktirafan tersebut 15 tahun berturut-turut.

“sesungguhnya kita harus merasa bangga dengan kebolehan kita memcapai tahap pembangunan yang amat memberansangkan hasil daripada kebolehan kita memnjaga hubungan yang begitu baik antara rakyat kita yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik, kepercayaan agama dan latar belakang,” katanya. — DayakDaily