Kesesakan Lebuhraya Pan Borneo di Pekan Jakar ada penyelesaiaan – Ahmad

Ahmad (duduk tengah) pada sidang media di Kuching.
Advertisement

KUCHING, 11 Jun: Kejadian banjir dan kesesakan Lebuhraya Pan Borneo di Pekan Jakar pada Perayaan Gawai lepas diberi perhatian serius oleh Kementerian Kerja Raya.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, taklimat telah diadakan pagi ini di Pejabat JKR di Kuching bagi menjelaskan isu.

Katanya, ia turut dihadiri Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Advertisement

“Pagi tadi kami mendengar taklimat berhubung isu ini, pertama kejadian banjir di Lebuhraya Pan Borneo.

“Kedua, kejadian kesesakan Lebuhraya Pan Borneo di Pekan Jakar,” kata Ahmad.

Beliau berkata demikian pada sidang media semasa tinjauan ke Projek Pembinaan SK Jalan Haji Baki di sini, hari ini.

Menurut Ahmad, hasil perbincangan telah mencapai penyelesaian bagi menangani isu tersebut agar ia tidak berulang lagi.

“Kita serahkan kepada Menteri (Nanta) untuk mengumumkan kaedah penyelesaian,” katanya.

Dalam kejadian pada 4 Jun lepas, ratusan buah kenderaan terpaksa berbaris panjang berikutan gangguan aliran trafik di kawasan Pan Borneo Jakar Sarikei.

Kejadian yang melibatkan laluan lebih 10 kilometer itu tular di laman sosial sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan orang ramai. — DayakDaily

Advertisement