Kes sembuh atasi kes positif , 17 kematian Covid-19 dilaporkan

Dr Noor Hisham fielding questions from the press.

PUTRAJAYA, 12 Feb: Jumlah kes sembuh daripada jangkitan Covid-19 sekali lagi mengatasi jumlah kes jangkitan baharu dengan 3,505 kes sembuh dilaporkan hari ini.

Jumlah itu menjadikan Kumulatif kes sembuh sepenuhnay dari jangkitan wabak berkenaan sehingga kini adalah 205,774 kes atau 79.7 peratus daripada keseluruhan kes dilaporkan setakat hari ini (12 Feb)

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang memuat naik statistik itu di laman Facebooknya berkata, terdapat 3,318 jangkitan baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif yang dilaporkan di seluruh negara meningkat kepada angka 258,306 kes.


Katanya sejumlah 3,311 kes yang dilaporkan hari ini merupakan jangkitan tempatan manakala tujuh kes lagi membabitkan kes import yang dikesan mendapat jangkitan di luar negara.

“Daripada 3,311 kes jangkitan tempatan yang dilaporkan hari ini, 50.5 peratus atau 1,673 kes melibatkan warga tempatan sementara 49.5 peratus atau 1,638 kes lagi melibatkan warga asing.

“Selain itu, sebanyak 51,579 kes aktif dilaporkan hari ini dengan kebolehjangkitan Covid-19,” katanya

Beliau berkata, ketika ini sebanyak 258 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi dengan 119 kes memerlukan bantuan penafasan.

Katanya setakat jam 12 tengahhari tadi, 17 kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kemaitan akibat jangkitan Covid-19 meningkat kepada 953 kes atau 0.37 peratus. -DayakDaily