Kes saman fitnah Uggah terhadap Vernon disambung esok

Uggah (kanan) berbual dengan Jabu (empat dari kanan) dan penyokong beliau yang lain di luar bilik mahkamah hari ini.

KUCHING, April 10: Kes saman Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah terhadap Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Vernon Kedit yang berlangsung hari ini akan disambung esok.

Uggah menfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi di sini. Beliau mendakwa Vernon teleh membuat fitnah dengan menggelar beliau pembohong dan pengkhianat.

Fitnah tersebut, menurut Uggah kepada peguamnya, sangat keterlaluan dan telah disebarkan secara meluas menerusi kumpulan ‘Media PKR Sarawak’ di aplikasi WhatsApp pada tahun lepas.


Vernon sebagai defendan turut hadir di mahkamah.

Beliau dituduh mengeluarkan fitnah tersebut pada kenyataan beliau berkenaan pindaan Kod Tanah Sarawak.

Vernon menuduh Uggah berbohong berkenaan intepretasi ‘usufructuary right’ sebagai boleh dimiliki dan dipakai yang mana telah disangkal Uggah.

Turut hadir memberi sokongan pada Uggah, bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan Timbalan Speaker DUN Datuk Gerawat Gala. ā€” DayakDaily