Oleh Brad Rantayy
MIRI, 3 Jun: Lagi kes pukul isteri, kali ini berlaku di sebuah rumah panjang di Sekaloh, Niah.
Bertindak dari laporan diterima dari seorang tuai rumah sebuah rumah panjang di kawasan tersebut pada Khamis (2 Jun) sekitar jam 10.45 malam, sepasukan anggota dari Balai Polis Batu Niah telah menahan seorang lelaki berusia 40 tahun kerana disyaki telah mencederakan isterinya.
Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, suspek telah dibawa ke lokap Balai Polis Batu Niah untuk tindakan lanjut.
Katanya, pihak polis telah dimaklumkan tuai rumah tersebut bahawa salah seorang penghuni rumah panjang beliau telah dicederakan oleh suaminya.
Punca kejadian masih dalam siasatan. — DayakDaily