Kes dadah: 23 orang ditahan

Syabu dengan anggaran berat 5.31gram.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 1 Julai: Tiga wanita termasuk seorang ‘tokan’ dadah antara 23 individu ditahan dalam satu serbuan petang Selasa (30 Jun) di sebuah kilang di Piasau Utara.

Dalam serbuan yang bermula pada jam 5 petang itu turut merampas dadah disyaki Syabu dengan anggaran berat 5.31gram.


Menurut Ketua polis daerah Miri, ACP Lim Meng Seah, kesemua suspek berusia antara 19 sehingga 45 tahun itu kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kesemua suspek didapati positif Syabu.

“!5 orang suspek daripada 23 individu yang dicekup dipercayai pelanggan ditangkap ketika sedang beratur masuk ke dalam salah satu bilik premis,” ujar Lim.

Serbuan berakhir pada jam 6.30 petang.—DayakDaily