Kes Covid-19 turun bagi minggu epidemiologi ke-39 — JPBNS

Covid-19 (file photo)

KUCHING, 3 Okt: Kes Covid-19 di Sarawak menunjukkan penurunan bagi minggu epidemiologi ke-39 berbanding minggu sebelumnya.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam satu kenyataan hari ini berkata, sebanyak 516 kes direkodkan bagi minggu epidemiologi ke-39.

Jumlah ini kurang sebanyak 142 kes jika dibandingkan sebanyak 658 kes pada minggu epidemiologi ke-38.


“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 meningkat kepada 315,678 kes.

“Sebanyak 499 kes di dalam kategori klinikal 1 dan 2, manakala 17 kes dalam kategori 3,4 dan 5 bagi minggu epidemiologi ke-39.

Dalam pada itu, Daerah Kuching kekal mencatit jumlah kes tertinggi dengan 186 kes.

Ini diikuti Sibu dengan 76 kes, Miri (75), Sarikei (24), Bintulu (22), Mukah (16), Samarahan (15), Serian (14), Dalat (12) dan Bau (10).

Lain-lain daerah mencatatkan jumlah kes di bawah angka 10.

Dalam kenyataan yang sama, JPBNS memaklumkan satu kematian direkodkan di Sibu bagi minggu epidemiologi ke-39. — DayakDaily