Kerjasama dalam bidang IoT antara isu yang dibincangkan semasa kunjungan hormat

Dari kiri: Pengarah Bahagian Pembangunan (Putrajaya) Othman Abdullah, Pengarah Bomba Negeri Sarawak Khirudin Drahman, Ketua Pengarah Bomba Malaysia Dato' Mohammad Hamdan Abdul Wahid, Abang Johari, Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran (Putrajaya) Edwin Galan Teruki dan Pengarah Bahagian Korporat (Putrajaya) Rohani Nadir.
Advertisement

KUCHING, Julai 17: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerima beberapa kunjungan hormat di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia, pagi ini.

Antaranya adalah Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Datuk Abdul Latif Abu Seman.

Dalam kunjungan kira- kira 20 minit berkenaan, mereka membincangkan kerjasama dalam bidang- bidang tertentu seperti IoT yang boleh diterokai bersama oleh MPC dengan Kerajaan Sarawak.

Advertisement

Rombongan yang turut hadir adalah Setiausaha Korporat MPC Datin Roseleena Hashim, Presiden Persekutuan Perniagaan Sarawak Datuk Abang Abdul Karim Tun Openg, Pengarah MPC Wìlayah Sarawak Sarimah Misman dan Pengurus MPC Hafiza Atha Ahmad.

Abang Johari turut menerima kunjungan hormat Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak yang diketuai oleh Pengerusinya Datu Abdul Ghafur Shariff berserta rombongannya bagi membincangkan beberapa perkara-perkara yang berkaitan.

Sejurus selepas itu, Abang Johari menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Dato’ Mohammad Hamdan Abdul Wahid.

Kunjungan berkenaan adalah bagi membincangkan pembangunan balai-balai bomba dari segi tugasan pengoperasian, perkhidmatan, masa dan kaedah keselamatan kebakaran terutamanya di kawasan kawasan pedalaman seperti di rumah panjang dan sebagainya.

Abang Johari juga menerima kunjungan hormat Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Hamzah Zainudin di pejabatnya.

Kunjungan yang berlangsung kira-kira 30 minit berkenaan membincangkan beberapa perkara berkaitan isu keselamatan dalam negeri dan lain-lain isu yang berkaitan.—DayakDaily

Dari kiri: Setiausaha SPANS Fathi Hanbali, Datu Abdul Ghafur Shariff (Pengerusi SPANS), Abang Johari, Datu Jabidah Monseri dan Dato Rabiah Johari.
Dari kiri: Setiausaha Bahagian Pembangunan Dato’ Rahmah Ramli, Ketua Pengarah Imigresen Dato Indera Khairul Dzaimee Daud, Menteri Dalam Negeri Malaysia Dato’ Seri Hamzah Zainudin, Abang Johari, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Dato’ Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Pesuruhjaya Tinggi Polis Sarawak Dato’ Aidi Ismail.
Advertisement