This Content Is Only For Subscribers
LUNDU, 20 Jun: Seorang lelaki mengalami kecederaan di tangan kanannya selepas Toyota Innova dipandunya terbabas ke dalam gaung di Jalan Lundu-Bau, hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 11.53 pagi.
Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Setiba di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kemalangan kendiri melibatkan sebuah Toyota Innova yang telah telah terjatuh ke dalam gaung akibat tayar belakang kanan telah pecah.
“Seorang mangsa telah keluar dengan sendirinya dan didapati hanya mengalami luka di tangan kanan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mangsa kemudian diberikan rawatan oleh anggota EMRS Bomba sebelum dia dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Setelah mendapati keadaan terkawal dan selamat, pasukan bomba kemudian bertolak balik ke balai. — DayakDaily