Kereta bertembung motosikal, empat mangsa cedera dan dikejarkan ke Hospital Sibu

Mangsa diberikan rawatan kecemasan di lokasi kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Sibu.
Advertisement

SIBU, 1 Mei: Empat individu dikejarkan ke Hospital Sibu akibat kecederaan selepas terlibat lemalangan membabitkan sebuah kereta dan motosikal di Jalan Pradom, di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kemalangan dilaporkan berlaku pada jam 3.36 petang.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu Sentral dikerahkan ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Setibanya di lokasi kemalangan didapatu sebuah kereta Perodua Kancil yang dinaiki dua orang wanita berusia 53 dan 17 tahun telah bertembung dengan sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki masing-masing berusia 18 dan 24 tahun.

“Pasukan bomba kemudian terus bertindak mengeluarkan mangsa yang cedera parah dari dalam kereta dan seterusnya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kesemua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sibu dengan menggunakan dua buah ambulan dan EMRS Bomba.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.30 petang. — DayakDaily

Advertisement