Kerana putus cinta, remaja sanggup tendang ibu yang terlantar sakit kerana strok

PDRM logo

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 30 April: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dicekup polis pada Jumaat di Kampung Pasir Lutong selepas disyaki menendang ibu kandungnya.

Suspek turut dilaporkan telah menolak anak buah hingga lebam ke arah almari.


Kejadian dipercayai berlaku selepas suspek kecewa kerana putus cinta dengan kekasih hati.

Dalam insiden sekitar jam 8.30 malam itu, suspek telah menolak kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun itu ke arah almari sebelum menolak ibunya sendiri yang sedang terlantar sakit kerana strok.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, suspek ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)IPD Miri sekitar jam 11.30 malam hari yang sama.

Suspek kini sedang ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Kertas siasatan di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan telah dibuka. — DayakDaily