Kerana gian, ‘tahi’ judi sanggup langgar SOP

Kawasan lapang berhampiran tempat pembuangan sampah di Batu Satu jalan Miri-Kuala Baram diserbu polis, selepas beberapa kaki judi laga ayam berkumpul melakukan aktiviti judi haram.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 2 June: Demi melepaskan gian berjudi, beberapa “tahi’ judi sanggup melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dengan berkumpul melakukan aktiviti laga ayam di sebuah kawasan tanah lapang tempat pembuangan sampah Batu Satu , Jalan Lutong -Kuala Baram pasa petang Selasa (1 Jun).

Beberapa pemain judi sanggup lari ke kawasan hutan paya berhampiran dan bersembunyi ketika pihak polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri menyerbu kawasan tersebut semalam sekitar jam 3 petang.


Empat daripada pemain judi berjaya ditahan, ternasuk seorang warga emas berusia 80 tahun.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Supt Sabri Zainol, kesemua suspek berusia 25, 32, 55 and 80 tahun tiu bukan sahaja dotahan kerana kesalahan berjudi, malah turut didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasakan ketika ini.

Polis juga turut merampas tiga ekor ayam mati, sebuah alat penimbang dan satu keping papan memaparkan pertaruhan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Langkah-langkah Pencegahan Penganiayaan Terhadap Binatang 1962.

Supt Sabri menegaskan bahawa pihak polis akan berterusan melakukan serbuan ke atas semua aktiviti haram bagi mengekang penularan wabak Covid-19. — DayakDaily