Kerajaan sasar sektor peruncitan catat jualan bernilai RM500 bilion untuk 2022

Nanta menyampaikan ucapan Ismail Sabri semasa majlis pelancaran Program Jualan Malaysia 2022 di Pavilion Kuala Lumpur hari ini. Foto: Tangkap layar video siaran langsung KPDNHEP

By Nur Ashikin Louis

KUCHING, 29 Jan: Kerajaan menyasarkan nilai jualan sektor peruncitan sebanyak RM500 bilion pada tahun ini melalui Program Jualan Malaysia (PJM) 2022.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PJM 2022 merupakan satu usaha kerajaan untuk menstabilkan harga barangan di pasaran di samping dapat membantu pemulihan sektor peruncitan kepada paras sebelum pandemik Covid-19, iaitu nilai jualan sebanyak RM537.6 bilion pada tahun 2019.


ā€œSektor peruncitan telah menyumbang sebanyak 17.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun 2019 serta menjana 2 juta peluang pekerjaan kepada pasaran Malaysia.

ā€œAtas sifat keterangkuman Keluarga Malaysia, saya juga berharap pemain industri untuk turut memberi ganjaran kepada para pekerja yang menjadi tulang belakang kepada perniagaan mereka.

ā€œMelalui perkongsian kemakmuran, saya amat yakin ia akan memberi limpahan ekonomi lokal kepada keluarga pekerja terbabit yang akan terus berbelanja di persekitaran mereka sekaligus merancakkan ekonomi domestik,ā€ katanya.

Ismail Sabri berkata demikian dalam ucapan yang dibaca oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Dato Sri Alexander Nanta Linggi ketika majlis pelancaran PJM 2022 di Kuala Lumpur hari ini.

Program Jualan Malaysia (PJM) 2022 ini adalah salah satu usaha berterusan kerajaan untuk menyokong pemulihan ekonomi berteraskan konsep 3R iaitu ā€˜Recoveryā€™ (pemulihan), ā€˜Revitaliseā€™ (merancakkan) dan ā€˜Reviveā€™ (menghidupkan semula) sektor peruncitan.

Bermula bulan Januari hingga Disember 2022, program ini akan menawarkan jualan murah yang merangkumi Segmen Musim Perayaan, Segmen Jualan Mega, Jualan Akhir Tahun dan Segmen Jualan Khusus dengan lapan program utama yang telah dirancang dan diselaraskan oleh KPDNHEP di seluruh negara. ā€” DayakDaily