Oleh Cornelius Kadir Edison
PUTRAJAYA, 4 Feb: Kerajaan akan melakukan pindaan terhadap beberapa akta sedia ada bagi membolehkan pengurusan pandemik Covid-19 yang lebih cepat, cekap dan berkesan.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakkan penguatkuasaan dan pematuhan prosedur operasi Standard (SOP) yang ketat penting dalam usaha membendung seterusnya memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.
Katanya susulan proklamsi darurat oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, satu jawatankuasa teknikal pengurusan Darurat ditubuhkan untuk memastikan perlaksanaan darurat dalam melawan Covid-19 dapat diuruskan dengan berkesan.
“Jawatankuasa teknikal ini telah meneliti peruntukkan dalam Akta pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit 1988 (Akta 342) untuk membolehkan tindakkan penguatkuasaan yang lebih tegas dan cepat dapat dilaksanakan,” katanya dalam perutusan khas hari ini.
Katanya, antara pindaan yang dilakukan termasuk memberikan arahan penutupan serta merta terhadap premis peniagaan yang tidak mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.
Beliau berkata pemilik peniagaan, pemegang atau operator francais serta pihak berkepentingan dalam organisasi peniagaan juga berdepan tindakkan perundangan jika didapati mengabaikan pematuhan SOP terbabit.
“Selain itu, pindaan terbabit juga melibatkan tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap rantaian pengurusan pekerja asing yang meliputi majikan, ejen pembekal pekerja, kontraktor utama, sub-kontraktor serta orang perseorangan,” katanya,
Kerajaan menerusi pindaan terbabit katanya turut mencadangkan agar tindakan kompaun yang lebih tinggi kepada persalah berulang atau yang telah diberi amaran serta tindakan penjara ke atas persalah yang disabit melanggar peraturan dan SOP ditetapkan.
Menurut Muhyiddin keadaan penginapan pekerja yang sesak dan tidak memenuhi standard menjadi antara punca utama peningkatan penularan Covid-19 dalam kalangan pekerja di negara ini.
Sehingga semalam (3 Feb), sektor pengilangan merekodkan jumlah kluster Covid-19 tertinggi iatu sebanyak 128 kluster dilaporkan diikuti oleh sektor pembinaan dengan 82 kluster dan sektor perkhidmatan sebanyak 61 kluster.
“Berdasarkan data terkini, sebanyak 59 peratus kes positif jangkitan Covid-19 berlaku di tempat kerja, 19 peratus di pusat tahanan, 19 peratus di pusat tahan dan selebihnya adalah di kediaman, rumah ibadat atau aktiviti keagamaan serta kes import dan golongan berisiko,” katanya.
Tambah Muhyiddin kementerian Sumber Manusia akan mengetuai Pasukan Pertugas Khas pengurusan Penginapan Perkerja yang akan mempunyai bidang kuasa lebih luas dan meyeluruh menerusi pindaan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan pekerja 1990 (Akta 446).
Akta terbabit merupakan antara akta sedia sedia ada yang diteliti oleh Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat untuk dipinda dalam memperkasakan pematuhan dan pemantauan SOP dalam membendung Covid-19. — DayakDaily