Kerajaan persekutuan setuju melihat semula pinda Perkara 160 Pelembagaan Persekutuan

Abang Johari
Advertisement

KUCHING, 31 Mac: Kerajaan persekutuan telah bersetuju untuk memperhalusi dengan lebih serius dan melihat semula meminda Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan agar ia selari dengan asas Perjanjian Malaysia (MA63) yang antara lain mengiktiraf peranaan serta hak Sarawak dan Sabah.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak sentiasa bertegas mahu pindaan terhadap perkara tersebut dibuat berdasarkan asas MA63 bagi mengekalkan dan mengukuhkan peranan Sarawak dan Sabah sebagai rakan sekutu dalam pembentukkan Persekutuan Malaysia.

“Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan persekutuan telah bersetuju untuk melihat perkara ini (Perkara 160 Pelembagaan Persekutuan) dan memberitahu akan meminda peruntukkan ini.

Advertisement

“Jadi selepas ini akan ada keputusan diambil antara kedua kerajaan persekutuan berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963 dan jika ini kesnya kita ada hubungan yang baik antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri selari dengan perjanjian tersebut,” katanya pada sidang media selepas mengahadiri sambutan ulang tahun ke-120 Universiti Swimburne di sini hari ini.

Abang Johari berkata, Sarawak sentiasa bertegas mahu Perkara 160 terbabit dipinda dengan memasukkan frasa Perjanjian Malaysia bagi memastikan hak-hak Sarawak dan Sabah sebagai rakan sekutu dalam pembentukan Malaysia dapat diperkukuhkan dan dikembalikan.

Menurut beliau, berdasarkan intipati dalam Perkara 160 terbabit, pembentukan persekutuan malaysia adalah berdasar Pelembagaan Tanah Melayu 1957 bukannya berdasarkan MA63 seperti yang sepatutnya.

“Jika kita ingin mentafsirkan mengenai pembentukkan persekutuan ini ianya adalah berdasarkan ini (perlembagaan Tanah melayu 1957).

“Jadi kita minta, Persekutuan (Malaysia) bermaksud persekutuan yang dibentuk dibawah Perjanjian Pembentukan Malaysia 1963, barulah ia selari dengan hubungan antara kerajaan negeri dan persekutuan pada dasarnya adalah dibawah perlembagaan ini,” katanya.

Jelas Abang Johari, pindaan terhadap artikel tersebut yang memasukkan MA63 sebagai asasnya amat penting kerana sebarang pertikaian berkaitan dimasa hadapan akan merujuk semula kepada asas bagaimana sebuah perlembagaan itu yang dibentuk.

Katanya, jika perkara tersebut tidak dipinda ia berupaya menyebabkan peranan Sarawak dan sabah dalam persekutuan Malaysia akan diabaikan.

“Sebelum ini kerajaan dibawah pimpinan Pakatan Harapan (PH) mahu memindanya tetapi ia sesuatu yang tidak masuk akal apabila pindaan pelembagaan terbabit masih berdasar Pelembagaan Tanah Melayu 1957.

“Ini kerana jika ada sebarang permasalahan berkaitan, hakim akan merujuk kepada asas pembentukan pelembagaan ini,” katanya. — DayakDaily

Advertisement