Kerajaan Persekutuan hanya lantik Pengerusi MPKK: Sivarasa

Sivarasa speaking to reporters after the opening dinner for the Sarawak PKR Branch AGM in Kuching.

KUCHING, SEPTEMBER 18: Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Sivarasa Rasiah menafikan Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (PH) memecah perintah rakyat Sarawak di peringkat kampung dengan melantik tuai rumah sendiri.

Tegas Sivarasa, kenyataan beliau berhubung perlantikan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) telah disalah ertikan dan diputar belit oleh pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Kerajaan Persekutuan hanya akan melantik Pengerusi MPKK bagi setiap kampung.


“Kami tidak akan menggantikan ketua kaum atau tuai rumah sedia ada yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri di bawah Ordinan Ketua Masyarakat 2004.

“Oleh yang demikian, isu ‘memecah perintah’ kampung tidak akan timbul seperti yang didakwa oleh para pemimpin GPS ini,” ujarnya menerusi kenyataan semalam.

Tambah Sivarasa, Pengerusi MPKK yang akan dilantik oleh Kerajaan Persekutuan akan bertugas untuk melengkapi dan memperkasakan pentadbiran kampung.

Selain itu Pengerusi MPKK turut akan memastikan program-program kerajaan persekutuan dapat dinikmati sepenuhnya oleh rakyat Sarawak di peringkat akar umbi. — DayakDaily