Kerajaan pastikan sumber air mencukupi dan selamat

Lo (duduk tengah) di Majlis Pelancaran Sambutan Air Sedunia 2022 Peringkat Negeri Sarawak yang diadakan di Kampung Sinar Budi Lama.

KUCHING, 26 Mac: Kerajaan melaksanakan pelbagai usaha bagi memastikan sumber air mencukupi dan selamat untuk diminum.

Menurut ADUN Batu Kitang Lo Khere Chiang, ini termasuk memastikan bekalan air mencukupi untuk diterima oleh sektor pengguna domestik, industri, pertanian, penternakan dan perikanan.

“Sumber air bumi amat berharga dan perlu diuruskan dengan sebaik mungkin untuk pengekalan sumber air secara berpanjangan.


“Di dalam Lembangan Sungai Sarawak, bermula dari hulu di mana kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) saya iaitu Batu Kitang, ia menuruni Sungai Sarawak sehingga bertembung di kawasan ADUN Timbalan Premier Dato Sri Dr Sim Kul Hian, Batu Kawah.

“Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Kerajaan untuk memastikan sumber air mencukupi dan selamat,” katanya.

Lo berkata demikian di Majlis Pelancaran Sambutan Air Sedunia 2022 Peringkat Negeri Sarawak yang diadakan di Kampung Sinar Budi Lama di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Lo telah melepaskan 10,000 ekor anak ikan lampan ke Sungai Sarawak sumbangan Jabatan Pertanian Bahagian Kuching.

Tambah beliau yang juga Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Sarawak amat bertuah kerana dilimpahi dengan jumlah hujan yang tinggi sepanjang tahun, iaitu kira-kira 3500 mm setahun.

Katanya, Sarawak juga kaya dengan sumber air iaitu air permukaan dan air bawah tanah.

“Dalam aspek ini, Jabatan Pengairan Sarawak (JPS) mempunyal kepakaran teknikal dalam pengurusan sumber air berisipadu besar dan kuasanya bermula dengan pengurusan air untuk tujuan pengairan pertanian dan pemuliharaan sungai.

“Kepakaran JPS berkembang merangkumi aspek-aspek pengurusan hakisan pantai, penilaian sumber air dan tebatan banjir,” ujar Lo.

Sambutan Harl Air Sedunia disambut pada 22 Mac setiap tahun dan adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak tahun 1993.

lanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan membaharui tekad semua lapisan rakyat untuk menangani isu-isu berkaitan air.

Sambutan Hari Air Sedunia Ini Juga bertujuan untuk memenuhi sasaran Matlamat Pembangunan Mampan bagi memastikan setiap individu mempunyal akses kepada air bersih pada tahun 2030. — DayakDaily