Kerajaan negeri lulus peruntukan RM32.7 juta bangunkan estet perindustrian di Sri Aman

Awang Tengah (tiga dari kiri) menyerahkan cek kepada penerima di Sri Aman.

SRI AMAN, April 22: Kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM32.7 juta untuk kerja-kerja pembangunan taman perindustrian atau estet industri di kawasan Parlimen Sri Aman.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, projek estet industri di Sri Aman itu akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

Menurut beliau, kerajaan negeri menerusi jabatan berkaitan kini dalam proses mengambil alih tanah bagi tujuan berkenan.


“Apabila proses pengambilihan itu selesai kelak, penduduk di Sri Aman bakal berpeluang untuk menceburi industri estet tersebut,” katanya.

Sementara itu, Awang Tengah memberitahu, kerajaan negeri melaksanakan proses pembangunan di negeri ini tanpa meminggirkan mana-mana pihak sejak dahulu hingga sekarang.

Katanya, dasar inklusif itu dapat dilihat dan dirasai menerusi bantuan kerajaan kepada semua jenis sekolah.

“Ini termasuk sekolah mubaligh dan semua institusi keagamaan milik pelbagai kaum di negeri ini,” ujarnya lagi. — DayakDaily