Kerajaan memperuntukan RM1.1 juta bagi membantu nelayan di Sebuyau

Julaihi(empat dari kiri) bersama wakil penerima bantuan Projek Touchpoint dan Projek Bantuan Ke Arah Pertanian Organik.
Advertisement

Oleh Chris Bishop

SEBUYAU, 25 OKT: Kerajaan menerusi Jabatan Perikanan Laut Sarawak memperuntukan bantuan berjumlah RM1.1 juta bagi membantu nelayan di kawasan Sebuyau.

Ia dilaksanakan dibawah Projek Touchpoint termasuk Projek Tukun Tiruan bernilai RM812,000.

Advertisement

Menurut Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Julaihi Narawi, sebanyak 80 unit tukun tiruan akan dilabuhkan di perairan Sebuyau pada tahun ini.

ā€œJabatan Perikanan Laut Sarawak sentiasa mengambil berat terhadap sumber-sumber ikan bukan sahaja di perairan Sebuyau malah juga di seluruh perairan negeri.

ā€œProjek tukun tiruan yang dilabuhkan di perairan Sebuyau ini nanti bakal memberi manfaat kepada para nelayan,ā€ katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Bantuan Peralatan Projek Dana Jaminan Makanan(DJM) di Kampung Hilir Tebelu di sini, hari ini.

Berhubung bantuan dibawah Projek Bantuan Ke Arah Pertanian Organik, Julaihi berkata sejumlah RM43,692 diperuntukan kepada kumpulan komuniti perikanan Kampung Tebelu (myKP Tebelu).

Manakala sejumlah RM41,133 diperuntukan kepada Pusat Pemprosesan Produk Hiliran Perikanan Ikan Masin dan Obor-Obor Kampung Hulu, Sebuyau.

ā€œDifahamkan keseluruhan bantuan dibawah Projek Bantuan Ke Arah Pertanian Organik ini berjumlah RM84,825.30.

ā€œPenerima akan menerima peralatan-peralatan pemprosesan, meja stainless steel, peti sejuk beku, peti insulasi, pembungkusan dan pelabelan dan banyak lagi seperti yang dipohon dan diluluskan oleh Jabatan Perikanan Malaysia,ā€™ ujar beliau.

Tambah Julaihi, myKP Tebelu juga menerima bantuan Mesin Pengeluaran Ais Flake yang bernilai RM100,000 dibawah Projek Touchpoint.

Katanya, mesin tersebut mampu mengeluarkan ais sebanyak 2 tan sehari dan mencukupi untuk keperluan nelayan Kampung Hilir Tebelu

Julaihi yang juga Adun Sebuyau menambah, sejumlah RM9,990 diperuntukan kepada nelayan Kampung Hulu di Sebuyau bagi bengkel membina dan membaikpulih vesel.

ā€œSelain itu juga, seramai 24 nelayan akan menerima Bantuan Peralatan Navigasi Nelayan seperti GPS, Net Hauler dan Echo Sounder,ā€™ katanya.

Turut hadir Pengarah Jabatan Perikanan Laut Sarawak Bohari Leng. ā€” DayakDaily

 

Julaihi memindahkan ais ke peti simpoanan dari Mesin Pengeluaran Ais Flake di Kampung Hilir Tebelu
Advertisement