Kerajaan jamin tidak ambil tindakkan terhadap pati sukarela untuk divaksin

Datuk Seri Fadillah Yusof
Advertisement

KUCHING, 19 Mac: Kerajaan memberi jaminan tidak akan mengambil tindakkan perundangan terhadap pendatang asing tanpa izin (Pati) yang secara sukarela untuk terlibat dengan Program imunisasi kebangsaan.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, jaminan tersebut merupakan antara cara kerajaan untuk menarik Pati terbabit untuk tampil secara sukarela untuk divaksinasi.

“Tindakkan tersebut tidak akan kita ambil terhadap mereka (Pati) kerana kita ada operasi pemutihan untuk tujuan berkenaan,” katanya pada Sidang media selepas sei Taklimat Program Pengurusan Covid-19 bersama ketua-ketua Jabatan Persekutuan Negeri di sini hari ini.

Advertisement

Beliau berkata, selain perlaksanaan program pemutihan, kerajaan juga akan berkerjasama dengan UNHCR dan badan bukan kerajaan NGO berkaitan warga asing bagi memastikan usaha memberikan vaksin kepada Pati terlibat.

Katanya, secara dasar, kerajaan telah menetapkan sesiapa yang menentap di Malaysia tanpa mengira warga asing terbabit masuk secara sah atau tidak akan diberikan vaksin Covid-19.

Jelas Fadillah, disebabkan kekangan bekalan Vaksin Covid-19, kerajaan bketika ini belum meletakkan syarat untuk setiap warga asing di vaksin telebih dahulu sebelum di benarkan berkerja.

bagaimanapun perkara itu masih dalam perbincanggan sedang dijalankan dan ia berkemungkinan akan dilaksanakan apabila kekaangan beklan vaksin terbabit dapat di atasi.

” Apabila vaksin semua sudah memcukupi barulah kita mungkin akan tetapkan syarat bahawa mesti mendapat suntikan vaksin Covid-19 baru warga asing terbabit di benarkan berkerja di negara ini.

“Masa ini kita tidak boleh tetapkan sebab jumlah vaksin yang ada pun tidak cukup dan kita yang tentukan giliran berfasa itu, katanya.

Dalam perkembangan sama, Fadillah berkata,mereka yang telah menyelesaikan dua dos vaksinasi Covid-19 mungkin dibenarkan melakukan perjalanan di dalam negeri di negara ini.

Langkah itu katanya merupakan sebahagian daripada insentif yang masih dibincangkan sebagai insentif untuk orang ramai setelah melakukan vaksinasi.

“Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memiliki pasport perjalanan vaksin Covid-19. Itu masih dalam perbincangan.

“Setelah diberi vaksin, maka individu terlibat akan mendapat pasport dan ia akan membolehkan anda melakukan perjalanan ke mana sahaja di Malaysia

“Sebenarnya, jika anda tidak mempunyai pasport antarabangsa, anda bahkan boleh melakukan perjalanan ke luar negeri di bawah gelembung perjalanan, seperti apa yang telah dilakukan WHO sekarang dengan beberapa negara lain yang telah bersetuju,” katanya

Ujarnya, setelah langkah itu mendapat persetujuan Yang Di-Pertuan Agong, ia akan mendorong orang ramai untuk melakukan vaksinasi, sambil menambah bahawa perkara tersebut akan dibincangkan lagi oleh jawatankuasa teknikal Majlis Keselamatan Negara.

“Perkara ini telah dibahas minggu ini, dan mudah-mudahan akan dipersetujui oleh jawatankuasa terbabit apabila ia dibentangksan sekali lagi.

“Dari sana ia akan dibawa ke kabinet dan setelah disetujui, kita akan menyerahkannya kepada Yang Di-Pertuan Agong untuk mendapatkan persetujuan baginda,” katanya. – DayakDaily

Advertisement