Kepantasan bomba berjaya selamatkan sebuah rumah daripada musnah terbakar

Kelihatan api sedang marak membakar tingkat dua sebuah kediaman.
Advertisement

SIBU, Jun 25: Kepantasan pasukan bomba bergegas ke lokasi kebakaran sebaik menerima panggilan kecemasan berjaya menyelamatkan sebuah rumah dua tingkat daripada musnah terbakar dalam satu kejadian di Jalan Ulu Oya di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 pagi itu, kediaman berkenaan telah terbakar kira-kira 50 peratus di bahagian tingkat atas sahaja.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu, Jankey Jingkat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.41 pagi.

Advertisement

Katanya, sejurus menerima maklumat kebakaran itu, sepasukan 10 anggota bomba kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan kerja-kerja memadam kebakaran.

“Anggota bomba yang tiba di lokasi kemudian bertindak membuat pemadaman menggunakan sumber air dari jentera sehingga api padam sepenuhnya.

“Kebakaran tersebut tiada melibatkan kecederaan sebarang mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jankey menambah, kepantasan pihaknya melakukan kerja-kerja memadam kebakaran itu berjaya menyelamatkan kediaman berkenaan daripada musnah secara keseluruhannya.

“Buat masa ini punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam proses siasatan,” katanya. — DayakDaily

Advertisement