Kepala mangsa dipercayai dibaham buaya ditemui

Anggota penyelamat berbincang dengan ahli keluarga mangsa untuk operasi SAR tersebut.

LUNDU, 20 Mei: Seorang lelaki dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya di sungai Kampung Kangka, di sini semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Sebarang Bingkok berusia 56 tahun disedari hilang sekitar jam 3 petang oleh keluarganya.

Usaha mencari mangsa dilakukan sehingga penemuan bahagian kepala mangsa oleh anak saudaranya yang menyusuri sungai tersebut dalam usaha mencari mangsa pada jam 5 petang.


Kepala tersebut telah dibawa ke Hospital Lundu untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Lundu DSP Damataries Lautin semasa dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Beliau memberitahu operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa masih diteruskan hari ini. — DayakDaily