This Content Is Only For Subscribers
Oleh Chris Bishop
KUCHING, 19 Julai: Kerajaan Sarawak menanggung kos pemeriksaan kesihatan bagi rakyat Negeri ini yang berumur lebih 60 tahun.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia boleh di manfaatkan oleh mereka yang sudah memiliki Kenyalang Gold Card.
“Baru-baru ini saya telah arahkan agar mereka berumur lebih 60 tahun, pemeriksaan kesihatan mereka di masuk di dalam Kenyalang Gold Card.
“Bukan sahaja dari sudut diskaun membeli barang, tetapi kos pemeriksaan kesihatan kerajaan tanggung dibawah Kenyalang Gold Card,” katanya.
Abang Johari berkata demikian dalam ucapan di Perhimpunan Maal Hijrah 2023 di Kompleks Islam Sarawak di sini, hari ini.
Tambah beliau, kerajaan mampu membiayai kos tersebut kerana pendapatan Negeri sudah meningkat.
Katanya, pendapatan tersebut diberi balik kepada rakyat.
“Pada tahun 2022 pendapatan kita ialah RM12 bilion, meningkat dua kali ganda daripada tahun sebelumnya.
“Maka dengan cara ini, kita beri balik kepada rakyat,” kata Abang Johari. — DayakDaily