Kementerian Kesihatan rancang laksana projek pembesaran Hospital Sibu

A stethoscope. - DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay
Advertisement

Oleh DayakDaily Team

KUCHING, 13 Nov: Kementerian Kesihatan (KKM) bercadang untuk membina blok tambahan klinikal di Hospital Sibu, kata menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Menurut laporan TVS, Dr Dzulkefly berkata ia bagi memastikan perkhidmatan ditawarkan setara dengan perkhidmatan kepakaran di hospital berstatus negeri.

Advertisement

Katanya, perancangan berkenaan kini pada peringkat penilaian tapak yang telah dikenal pasti.

ā€œCadangan ini akan dimohon dalam Rolling Plan Rancangan Malaysia (RMK) akan datang (namun ia) tertakluk kepada ketersediaan tapak, sumber manusia dan kelulusan peruntukan kerajaan,ā€ katanya.

Beliau berkata demikian ketika Penggulungan Rang Undang Undang Perbekalan (Belanjawan 2025) di Sidang Parlimen pada semalam.

Sehubungan itu, Dr Dzulkefly berkata, tiada keperluan mendesak untuk membina hospital baharu di Sibu.

Jelas beliau, Hospital Sibu kini merupakan sebuah hospital berpakar dengan kapasiti 662 katil dan kadar penggunaan katil sehingga September lalu adalah pada 62.67 peratus.

Penduduk Sibu seramai 248,064 orang juga boleh mendapatkan perkhidmatan kesihatan di Hospital Sibu serta rangkaian 16 buah klinik kesihatan di situ, katanya.

Sementara itu beliau memaklumkan KKM berhasrat untuk memperluaskan Rekod Perubatan Elektronik (EMR) berasaskan Sistem Pengurusan Data Klinikal (CCMS) ke seluruh 237 fasiliti kesihatan primer di Sarawak menjelang 2027.

Katanya, bermula tahun hadapan, peluasan sistem CCMS di Sarawak akan dilaksanakan secara berperingkat.

ā€œPeringkat pertama akan melibatkan enam klinik kesihatan yang akan dilaksanakan selewat-lewatnya hujung Januari tahun hadapan dengan menggunakan peruntukan Persekutuan di bawah Projek Peluasan CCMS di 100 Klinik Kesihatan.

ā€œPeringkat kedua akan dilaksanakan pada tahun 2025 melibatkan 142 klinik yang akan dilaksanakan dengan kerjasama erat dengan Kerajaan Sarawak.

“Kerajaan Sarawak menyediakan perkakasan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan menaik taraf rangkaian yang bernilai RM10 juta, manakala Ibu Pejabat KKM akan melengkapkan sistem CCMS ke fasiliti tersebut,ā€ katanya. ā€” DayakDaily

Advertisement