[KEMAS KINI] Tragedi Sungai Maaw: Dua mayat mangsa dijumpai, kereta berjaya dinaikkan

Operasi menaikkan kenderaan tersebut.

SIBU, 9 Jan: Mayat dua lagi mangsa kes kereta jatuh sungai di Jeti Feri Tanjung Kunyit Sungai Maaw, di sini pada 6 Januari lalu telah dijumpai hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata mayat mangsa pertama dijumpai terapung di Sungai Lebaan sekitar jam 10.05 pagi.

Manakala mayat mangsa kedua (wanita) dijumpai di terminal bot express Sibu sekitar tengah hari.


Mayat kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut meneruskan operasi menaikkan kereta yang terjatuh ke dalam sungai tersebut.

Pada jam 4.47 petang, kereta tersebut berjaya dinaikkan dan diletakkan di atas jalan raya.

Pihak polis kemudian menjalankan siasatan.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Dalam kejadian pada 6 Januari lalu, kereta dinaiki tiga mangsa termasuk seorang lelaki berumur 38 tahun telah terjatuh ke dalam sungai sekitar jam 7 pagi.

Mangsa berumur 38 tahun bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dan dua lagi mangsa gagal selamatkan diri.

Operasi SAR kedua-dua mangsa dilancarkan sebaik sahaja laporan berhubung kejadian diterima.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Orang ramai juga diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian. — DayakDaily