Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan 2023, landasan cungkil bakat baharu

Miro (baris belakang, enam kiri) di perasmian Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan 2023 di Dataran Kubah.

KUCHING, 7 Mac: Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan 2023 Kuching bermula 6 hingga 11 Mac menjadi landasan mencungkil bakat baharu Sarawak.

Adun Serembu Miro Simuh berkata, kejohanan yang diadakan di Dataran Kubah di Petra Jaya itu sudah pastinya digunakan sebaiknya oleh petinju muda untuk menyerlahkan bakat masing-masing.

“Sudah tentunya kejohanan ini menjadi landasan mencungkil bakat baharu bagi sukan tinju negeri.

“Kita mahu Sarawak menjadi kuasa besar dalam sukan tinju di negara ini,” katanya dalam ucapan perasmian Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan 2023 malam ini.

Miro mewakili Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Datuk Gerald Rentap Jabu.

Tambah Miro, kejohanan yang dianjurkan Persatuan Tinju Sarawak ini tepat pada masanya kerana Sarawak ditawarkan untuk menganjurkan Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun 2024. — DayakDaily