Kehilangan Eric: Polis klasifikasi sebagai kes bunuh

ACP Ahsmon Bajah

KUCHING, 13 Mac: Polis kini mengklasifikasikan kes kehilangan Eric Chang Wei Jie, 4 tahun, sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata ini susulan penemuan bukti baharu yang mengaitkan dua suspek iaitu pasangan penjaga kepada Eric yang sebelum ini ditahan untuk membantu siasatan.

Pasangan suspek akan diteruskan reman untuk siasatan lanjut.


“Berdasarkan siasatan terkini, polis mengklasifikasikan semula kes yang disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan sebagai kes bunuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, operasi pencarian mangsa diperluaskan dengan bantuan Pasukan Gerakan Marin Wilayah 5 serta agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di sekitar Muara Tebas dan kawasan sekitar.

“PDRM mohon kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan andaian memandangkan kes masih dalam siasatan,” kata Ahsmon. — DayakDaily