Kehadiran PN di Sarawak untuk memperkukuh Kerajaan Negeri, kata Jaziri

Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian
Advertisement

KUCHING, 18 SEPT: Parti Perikatan Nasional(PN) Sarawak sekali lagi menegaskan bahawa kehadirannya bukan untuk memberi saingan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai parti yang menerajui Kerajaan Negeri masa kini.

Pengerusi Perhubungan Negeri PN Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian berkata, kehadirannya adalah selaras dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang bersama dalam Kerajaan PN.

Katanya, ia bagi memperkukuhkan dan saling melengkapi antara satu sama lain dibawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Pengerusi PN.

Advertisement

“Fokus utama PN Sarawak adalah untuk membantu Kerajaan Negeri dalam bersama-sama memberi perkhidmatan hanya yang terbaik untuk semua warga Sarawak.

“Kami juga akan turut bersama memperjuang nasib golongan rakyat kawasan luar bandar yang masih banyak perlu diperbaiki dan diperhalusi dari segi kemudahan infrastruktur, pendidikan, internet, ekonomi dan peluang pekerjaan luar bandar” kata Jaziri dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Sarawak juga harus selaras dengan perkembangan dunia dan seiring dengan Revolusi Perindustrian 4.0.

Disamping itu katanya, Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) juga harus sama-sama dikecapi serta dikongsikan dengan adil bersama-sama rakyat Sarawak. -DayakDaily

Advertisement