Kebakaran pejabat di Batu Kawa

Anggota Bomba sedang memadam kebakaran.

KUCHING, 25 Mac: Pejabat kawal selian pada dan beras Kementerian Pertanian Dan Industri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia di Batu Kawa New Township, Batu Kawa hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kejadian dilaporkan berlaku pada jam 6.16 petang dan beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang terus ke lokasi kejadian.

“Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan alat perkakas iaitu penghawa dingin dan seterusnya merebak ke ruangan pejabat dan bilik mesyuarat kerana terdapat ‘fire load’ seperti kertas dan fail-fail.


“Kebakaran dilaporkan hanya melibatkan rak dan fail pada bilik mesyuarat dan tidak melibatkan kemusnahan struktur serta tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, bomba memadam kebakaran secara ‘offensive’ dengan menggunakan salur bantu mula dari jentera serta ‘ventilation’ di ruangan yang terbakar berkenaan.

“Dari pemeriksaan awal, kebakaran berkemungkinan berpunca dari suis penghawa dingin berhampiran,” katanya.

Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan.

“Pihak Forensik Kebakaran bagi mengenalpasti punca dan juga jumlah taksiran kerugian serta diselamatkan,” katanya.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 8 malam. — DayakDaily