Kebakaran musnahkan 80 peratus struktur kedai Jun Rong

Keadaan struktur bangunan kedai Jun Rong di Jalan Serian By-Pass yang musnah akibat kebakaran awal pagi hari ini (27 Mac).
Advertisement

SERIAN, 27 Mac: Tingkat bawah bangunan sebuah rumah kedai tiga tingkat milik Jun Rong di Jalan Serian By-Pass musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, kebakaran yang berlaku sekitar 5.39 pagi itu turut memusnahkan 40 peratus struktur dalaman di tingkat satu bangunan kedai berkanaan.

Katanya, pada peringkat awal, pasukan bomba mengalami kesukaran untuk naik ke tingkat dua bangunan terbabit disebabkan oleh asap terlalu tebal.

Advertisement

Bagaimanapun, pada jam 9.25 pagi, kebakaran di kedua-dua tingakat bangunan  terbabit berjaya dikawal sekaligus memboleh kerja-kerja ovehaul di lakukan.

“Dalam kejadian terbabit, tingkat di bahagian bawah musnah 100 peratus manakala tingkat satu, musnah 40 peratus dan tingkat dua, api dapat dikawal dan selamat sepenuhnya.

“Kebakaran tersebut memusnahkan 80 peratus keseluruhan struktur jenis kekal bangunan rumah kedai tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi terbabit ditamatkan pada jam 12.50 tengahari selepas anggota terlibat mendapati tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula.

Katanya, operasi tersebut yang  mengambil masa kira-kira tujuh jam turut dibantu oleh pasukan Bomba Sukarela dari Balai Ringin seramai empat anggota.

“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tesebut memandangkan kedai terbabit belum beroperasi pada ketika kejadian tersebut berlaku.

“Punca kejadian dan jumlah kerugian yang terlibat masih lagi dalam siastan,” katanya. — DayakDaily

Advertisement