Kebakaran musnahkan 70 peratus rumah teres dua tingkat, dua kenderaan di Bintulu

Kebakaran itu memusnahkan 70 peratus struktur sebuah rumah dua tingkat di RPR Kidurung, Jalan Tanjung Batu Phase 3, Bintulu.

BINTULU, 21 Mac: Sebuah rumah teres dua tingkat serta dua buah kenderaan musnah dalam satu kebakaran di RPR Kidurung, Jalan Tanjung Batu Phase 3 di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak berkata, kebakaran tersebut memusnahkan 70 peratus struktur rumah berkenaan, manakala dua kenderaan yang di letakkan di rumah terbabit musnah sepenuhnya.

“Pasukan Bomba yang tiba di lokasi kejadian bertindak memadamkan kebakaran menggunakan sumber air dari pili bomba berhanpiran.


“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan di laporkan dan siasatan bagi mengenalpasti punca kebakaran dan jumlah kerugian maish dilakukan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini. — DayakDaily