Kebakaran di Taman Sejijak Indah babitkan tiga rumah, tiada cedera

Anggota Bomba memadam kebakaran.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 24 Nov: Sebanyak tiga buah rumah dilaporkan terbakar dalam insiden kebakaran di Taman Indah Sejijak, di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kebakaran melibatkan rumah teres dan kejadian dilaporkan berlaku sekitar 5.29 petang.

Katanya, operasi memadam kebakaran tersebut dilakukan oleh anggota dari Balai Bomba Petra Jaya dan Batu Lintang.


“Kebakaran melibatkan tiga buah rumah teres 1 tingkat yang jenis kekal, masing-masing berkeluasan anggaran 20 kaki x 40 kaki persegi.

“Rumah pertama terbakar 100%, rumah kedua melibatkan bahagian dapur yang telah terbakar 30% dan rumah ketiga melibatkan 10%.

“Pasukan bomba membuat pemadaman menggunakan dua aliran, dua nozel pada jarak 300 kaki dan api berjaya dikawal pada jam 6.20 petang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tiada mangsa yang cedera dilaporkan dan operasi pemadaman ditamatkan pada jam 7.10 pagi.

“Punca kebakaran serta taksiran kerugian dan diselamatkan, masih dalam siasatan,” katanya. — DayakDaily