Keadaan banjir di Sepupok, Niah terkawal

Keadaan banjir di Sepupok, Niah.

MIRI, Jan 16: Keadaan banjir di Sepupok, Niah di sini terkawal dengan jalan raya masih dapat dilalui.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, berdasarkan pemantauan yang dilakukan setakat pukul 8 pagi ini, keadaan air banjir menunjukkan trend menahan.

Menurut beliau, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri telah digerakkan bagi memantau situasi banjir di kawasan berkenaan.


“Ketika ini, cuaca dilaporkan hujan renyai, namun keadaan masih terkawal.

“Setakat ini, tiada sebarang pemindahan mangsa dilakukan,” katanya hari ini.

DayakDaily semalam melaporkan seramai 1,191 murid di 13 buah sekolah di Sarawak terjejas akibat banjir hari ini ekoran hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari lalu.

Berdasarkan maklumat yang diterima Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), lima buah sekolah telah diarahkan ditutup dan tidak beroperasi setakat pukul 12 tengah hari ini.

Antara sekolah yang ditutup ialah Sekolah Kebangsaan (SK) SK Sungai Bong di Baram, SK Kuala Bok (Baram), SK Nanga Bon (Sibu), SK Kuala Kenyana (Mukah) dan SK Rumah Ranggong di Subis.

Namun, terdapat lapan buah sekolah lain yang terjejas banjir, namun masih dibenarkan beroperasi kerana keadaan semakin terkawal.

Lapan sekolah yang terjejas itu ialah SK Sungai Manong (Subis), SK Sungai Kelabit (Miri), SK Sungai Seputi (Miri), SK Pengarah Enteri (Baram), SK Sungai Peking (Baram), SK Sungai Anak (Selangau), SK Sungai Buah (Selangau) dan SK Iban Union di Selangau. ā€” DayakDaily