Kawasan di Matang dan Petra Jaya dijadual alami gangguan bekalan air pada 24 Feb

Air paip
Advertisement

Kuching, 20 Feb: Beberapa kawasan di Petra Jaya dan Matang akan mengalami gangguan bekalan air bermula jam 7 malam pada 24 Februari.

Lembaga Air Kuching (LAK) dalam satu kenyataan hari ini berkata, bekalan akan kembali disalurkan kepada pengguna secara berperingkat bermula jam 6 pagi pada 25 Februari 2023.

Gangguan adalah disebabkan kerja-kerja penggantian 700mm DIA Injap Butterfly (BV) di Jalan Matang/Batu Kawa yang dijalankan pada Jumaat, 24 Februari.

Advertisement

Menurut LAK, pelaksanaan kerja-kerja berkenaan adalah bertujuan bagi menaiktaraf sistem bekalan air di kawasan Semariang.

“Tempoh masa pemulihan bekalan air berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain, bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna,” katanya.

Kawasan-kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air pada masa tersebut adalah di sepanjang Jalan Matang dari Kubah Ria sehingga ke Batu 9.

Ini termasuk Jalan Matang Baru, Jalan Sultan Tengah ke Damai, Jalan Bako, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, Jalan Tun Datuk Patinggi Abg Hj Muhammad Salahuddin, Jalan Demak dan sekitar Petra Jaya.

“Semasa tempoh pemulihan kerja-kerja baikpulih, para pengguna juga akan mengalami masalah tekanan air rendah, “air lock” dan air kotor,” kata LAK.

Sementara itu, pihak LAK terus meningkatkan kapasiti penghantaran bekalan air dengan menggunakan lori tangki air sehingga bekalan air kembali pulih seperti biasa. — DayakDaily

Advertisement