This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 16 Ogos: Seluruh kawasan di sepanjang jalan Kuching-Serian dari Batu 24 sehingga Batu 30 di Kampung Panchor Dayak akan mengalami gangguan bekalan air esok mulai jam 10 pagi hingga 5 petang.
Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Kuching dalam satu notis hari ini berkata, gangguan juga melibatkan kawasan di sepanjang Jalan Tanah Merah dan Jalan Palah.
Gangguan adalah disebabkan oleh penutupan injap di kawasan Loji Rawatan Air Tapah bagi memberi laluan kepada penggunaan tangki air sepenuhnya.
Menurut JBALB Kuching, kawasan-kawasan sekitar akan mengalami tekanan air rendah di sepenjang tempoh ini.
Justeru, pengguna adalah dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air yang secukupnya untuk keperluan sepanjang tempoh gangguan.
JBALB Kuching akan memastikan gangguan bekalan air dapat diselesaikan secepat mungkin dan kembali secara berperingkat di kawasan terjejas. — DayakDaily