Kastam rampas 4,600 kartun minuman keras bernilai lebih RM237,000

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) logo
Advertisement

Oleh Dean Adam

KUCHING, Feb 15: Bertindak atas maklumat risikan, sepasukan pegawai Kastam dari Bahagian Penguatkuasaan Miri dan Bintulu telah menahan dua buah kontena yang
disyaki menyeludup minuman keras.

Pengarah Kastam Sarawak, Dato Sharifah Halimah Tuanku Taha, berkata hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua kontena tersebut mendapati terdapat sebanyak 4,600 kartun minuman keras jenis Belgen yang dianggarkan bernilai RM237,172.32 dengan duti atau cukai terlibat berjumlah RM589,839.54

Advertisement

Menurutnya, modus operandi syarikat tersebut adalah dengan membawa masuk dagangan tersebut dari Singapura melalui pelabuhan Bintulu dan dipindah ke kapal melalui jeti persendirian di Miri.

“Syarikat tersebut kemudiannya akan membuat permohonan untuk dihantar ke destinasi terakhir iaitu Indonesia.

“Kesalahan awal yang dikenalpasti ialah syarikat tersebut gagal mematuhi
Peraturan-Peraturan Kastam 1977, pemunggahan barang kritikal yang belum
lulus kastam di jeti persendirian, pelanggaran pada syarat-syarat untuk pindahkapal dan perlanggaran kepada peruntukan seksyen 138 di bawah Akta Kastam 1967,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Sharifah memberitahu, kes itu disiasat di bawah Seksyen 138 Akta Kastam 1967.

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya,” katanya. — DayakDaily

Advertisement