This Content Is Only For Subscribers
Oleh Chris Bishop
KUCHING, 13 Jun: Karnival Gawai Redeems kali ke-15 akan diadakan selama tiga hari berturut-turut bermula 7 hingga 9 Julai.
Presiden Redeems Datuk Peter Nansian Ngusie berkata, karnival dimeriahkan lagi dengan kehadiran Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada majlis makan malam yang diadakan pada malam 8 Julai.
“Tahun ini kita memilih tema ‘Ngira’an Kemajuan Adat Asal’ iaitu memelihara dan membangunkan budaya.
“Kita mempersembahkan kebudayaan dan diharap membantu industri pelancongan Sarawak,” katanya.
Nansian berkata demikian pada sidang media di Kuching hari ini.
Tambah beliau, karnival kali ini akan menggunakan sepenuhnya kawasan Redeems yang berkeluasan 3 ekar di Kampung Apar, Singai.
Katanya, kawasan tanju yang berkeluasan satu ekar boleh menampung kira-kira 7,000 pengunjung.
“Kita juga menyediakan 40 unit kediaman ala rumah panjang bagi pengunjung yang ingin bermalam.
“Selain itu, Borneo Tribal Village yang terletak lebih kurang 2 kilometer dari Pusat Redeems juga menyediakan kemudahan bermalam kepada pengunjung,” kata Nansian. — DayakDaily