Karnival Belia N6 Tupong raikan golongan belia

Fazzruddin (kanan) mencuba kemahiran melontar dart di Karnival Belia N6 Tupong.
Advertisement

KUCHING, 17 Sept: Penganjuran Karnival Belia N6 Tupong adalah bagi memenuhi kemahuan golongan belia di dalam pelbagai aktiviti.

Menurut Adun Tupong merangkap Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman, ia juga menjadi platform bagi membimbing belia untuk menjadi pemimpin di masa akan datang.

“Selain mengisi masa lapang golongan belia, e-sport juga dipertandingkan sebagai memenuhi kemahuan mereka.

Advertisement

“Ini juga merupakan cara kita di di dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengadakan libat urus dengan belia di N6 Tupong,” katanya.

Fazzruddin berkata demikian di Majlis Perasmian Penangguhan Karnival Belia N6 Tupong di Semarak hari ini.

Tambah beliau, penganjuran karnival selama 3 hari bermula 16 hingga 18 September itu telah menarik minat ramai golongan belia.

Antara acara yang diadakan selain e-sport adalah pertandingan bolasepak 9 sebelah, pertandingan dart dan Battle of The Band. — DayakDaily

Advertisement