Kanak-kanak lelaki hampir lemas ditemukan tidak sedarkan diri di Pantai Luak Esplanade

Mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa ke Hospital Miri.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 1 Mei: Keseronokan sebuah keluarga bertukar cemas apabila seorang kanak-kanak lelaki hampir lemas ketika mandi manda di kawasan Pantai Luak Esplanade pagi tadi.

Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Miri (APM), mangsa, berusia 3 tahun itu berjaya diselamatkan namun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri.


Katanya, pihak APM menerima panggilan kecemasan berhubung kejasian daripada orang awam pada jam 10.31 pagi.

“Kita difahamkan, dua kanak-kanak lelaki datang ke menara peyelamat pantai yang terletak kirakira 200 meter dari lokasi kejadian, memberitahu bahawa ada seorang kanak-kanak lelaki tidak sedarkan diri diseberang sungai bersebelahan bangunan Al-Falak,” ujarnya.

Sebelum kejadian, mangsa sedang bermain air bersama saudara maranya.

Kanak-kanak tersebut telah dibawa ke Hospital Miri untuk rawatan lanjutan. — DayakDaily