Kanak-kanak dikhuatiri lemas ketika mandi bersama rakan di Sungai Sundar, Lawas

Operasi SAR untuk mangsa hari ini (7 Ogos 2022).
Advertisement

LAWAS, 7 Ogos: Seorang kanak-kanak lelaki hilang, dikhuatiri lemas di Shnhai Sundar, di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata mangsa semasa kejadian bersama lima lagi rakannya mandi di sungai tersebut.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lawas dikerahkan ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Mangsa dikatakan bersama-sama lima rakannya mandi di sungai tersebut sebelum dia disedari hilang dan dikhuatiri lemas sekitar jam 2.50 petang.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa menggunakan kaedah pencarian ‘water surface searching’ dalam radius pencarian lima kilometer sepanjang sungai ke hulu serta hilir,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa bagaimanapun masih belum berjaya dijumpai sehingga lewat petang tadi.

“Operasi SAR kemudian ditangguh pada jam 7.11 malam dan akan disambung esok pagi,” katanya.

Turut sama dalam operasi tersebut ialah penduduk kampung.

Mangsa berusia 12 tahun. — DayakDaily

Advertisement