Kanak-kanak austime hilang di Bau, ditemui mati

The location where the body was found by SAR personnel.

BAU, 15 April: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang mengidap autisme ditemui mati selepas dilaporkan hilang sejak semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kejadian dilaporkan di Kampung Bunga Rampai, Jalan Batu Kitang, Bau.

Katanya, mangsa Andrine Johnnea Anne dilaporkan hilang selelas disedari tiada di rumah sejak jam 2.30 petang semalam.


“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini dimulakan dari jam 9.45 pagi tadi dan kumpulan SAR dibahagikan kepada empat kumpulan termasuk Unit Dron PDRM.

“Pada jam 12.10 tengah hari, anggota Bomba memaklumkan bahawa telah melihat sesuatu di kawasan sungai berhampiran bot APM dalam keadaan tenggelam timbul.

“Pihak APM dan Bomba mengesahkan objek tersebut adalah mayat mangsa yang masih lengkap berpakaian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mayat tersebut juga telah disahkan oleh ahli keluarganya.

Seterusnya mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke hospital bagi proses bedah siasat.

Operasi SAR tersebut kemudian ditamatkan pada jam 1 petang. — DayakDaily