Kampung Mohd Taha di Bakong diisytihar kawasan wabak rabies ke-72


Oleh Chris Bishop

KUCHING, 14 Julai: Kampung Mohd Taha di Bakong, Beluru diisytihar satu lagi kawasan baru wabak rabies.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerusi satu kenyataan hari ini berkata, ia merupakan kawasan rabies yang ke-72 di negeri ini.


“Setakat ini, sebanyak 72 kawasan telah diisytiharkan sebagai kawasan wabak rabies sejak Julai 2017 iaitu Kuching sebanyak 7 kawasan, Samarahan (4), Serian (22), Sri Aman (6), Betong (3), Sarikei (5), Sibu (3), Kapit (1), Mukah (6), Bintulu (5), Miri (8) dan Limbang (2),’katanya.

Dalam pada itu, Jabatan Veterinar Sarawak telah menyuntik 206,629 ekor anjing dan akan meneruskan program pemvakvinan secara percuma di seluruh Sarawak.

Pemilik anjing sekali lagi diingatkan supaya memastikan anjing mereka diberi suntikan vaksin anti-rabies setiap tahun.

Suntikan vaksin rabies boleh didapati dimana-mana Pejabat Veterinar Bahagian atau klinik veterinar swasta. — DayakDaily