“Kami sertai Bersatu atas dasar kesepakatan,” kata Ali Biju

Ali Biju (file photo)
Advertisement

KUCHING, 23 Ogos: Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju mendedahkan beliau bersama rakan seperjuangannya dari Sarawak telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atas dasar kesepakatan.

Beliau dengan rendah hati turut menyeru seluruh pendokong dan pejuang bersama mereka dahulu bagi menyertai penghijrahan terbabit dan meninggalkan pemimpin rakus serta wardah politik yang tidak lagi mempunyai perinsip dan hala tuju.

“Kita wakil-wakil dari Sarawak dan Sabah membentuk blok politik yang dinamakan G10 ini yang diketuai oleh Yang Berhormat Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan juga Puan Zuraidah Kamarudin atas dasar kesepakatan, atas sebab itu juga kita menyertai (Parti) Bersatu sebagai platform politik pelbagai kaum.

Advertisement

“Berhijrahlah kita bersama dengan General kita, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Menteri Kanan Ekonomi) dan Commander In Chief kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Perdana Menteri),” katanya ketika berucap sebagai wakil pimpinan Sarawak pada Kongres Negara 2020 di Kuala Lumpur dan disiarkan di laman Facebooknya.

Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin turut menyertai dalam kumpulan tersebut bersama Ali, yang juga Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, secara rasmi semalam (22 Ogos).-DayakDaily

Advertisement