SRI AMAN, 5 Okt: Seorang kalindan lori tersepit selepas lori dinaiki melanggar belakang sebuah lagi lori di Bukit Bangunan, di sini hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malayaia (Bomba) Sarawak berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan berlakunya kemalangan tersebut pada jam 1.18 petang.
Katanya, PGO terus mengarahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman bergerak ke lokasi kejadian.
“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di lokasi pada 1.48 petang dan setelah membuat size-up mendapati kemalangan melibatkan dua buah lori dan terdapat seorang mangsa tersepit di tempat duduk penumpang dimana lori tersebut dipercayai telah melanggar bahagian belakang lori yang membawa muatan batu.
“Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan manga dengan menggunakan peralatan khas ‘ rescue tools’ serta ‘spinal board’ dan mangsa yang dalam keadaan sedar telah mengalami kecederaan di bahagian kaki sebelah kiri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Seterusnya mangsa diberi rawatan awal oleh pasukan perubatan KKM dan dibawa ke hospital Sri Aman menggunakan ambulan KKM untuk rawatan lanjut.
Manakala pemandu lori dilaporkan selamat.
Operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.18 petang. — DayakDaily