Kajian alga pada akuakultur udang, SBC meterai MoU dengan syarikat berkaitan

Abang Johari (tiga dari kanan) menyaksikan majlis penyerahan dokumen MoU di antara pihak yang terlibat.
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, Ogos 27: Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC), Mitsubishi Corporation dan Kumpulan CHITOSE hari ini mengumumkan kerjasama dengan Sea Horse Corporation Sdn Bhd untuk menjalankan kajian alga di dalam akuakultur udang.

Penyerahan dokumen Memorandum Persefahamanv(MoU) disaksikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di SBC, Semenggoh.

Advertisement

MoU yang tamat pada Mei 31, 2020 itu memberi fokus pada kajian kegunaan alga di dalam mengelakkan dan mengurangkan penyakit akuakultur.

Kedua, adalah untuk berkongsi maklumat dan data yang telah diperolehi dari hasil kajian untuk membentuk protokol pengeluaran simpanan akuakultur.

Ketiga, adalah untuk melakukan kajian bersama berkaitan kegunaan alga di dalam menambah pengeluaran dan meningkatkan nilai komersil akukultur udang.

SBC dan Mitsubishi Corporation telah memulakan kerjasama ini pada tahun 2012 dan dua tahun selepas itu, kerjasama memasuki fasa ke 2 dengan bantuan Kumpulan CHITOSE.

Kerjasama memasuki fasa ke 3 pada tahun 2017 dengan cadangan pembinaan Kemudahan Penanaman Alga.

Setelah kemudahan tersebut siap dibina pada Novembr 2018, ianya telah melalui pelbagai ujian operasi dan penambahbaikan demi mencapai keputusan terbaik.

Di majlis penyerahan dokumen MoU itu, SBC diwakili pengerusinya Tan Sri Wilson Baya Dandot manakala Mitsubishi Corporation diwakili presiden kanan, Kenji Ohta.

Terdahulu, Abang Johari menyempurnan Majlis Perasmian Kemudahan Penanaman Alga Semenggoh.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah. — DayakDaily

Advertisement