Jururawat lesap RM6,462 ditipu scam

Scam alert. — DayakDaily.com file pic // Photo: Pixabay
Advertisement

Brad Rantayy

MIRI, 17 Nov: Selepas melakukan enam kali transaksi pindahan wang berjumlah RM6,462.00, seorang jururawat wanita baru menyedari dirinya ditipu satu sindiket yang kononnya menawarkan pinjaman wang.

Mangsa dikatakan membuat pindahan wang ke dalam tiga akaun bank yang diberikan oleh suspek untuk pelbagai bayaran sejak Oktober 6 sehingga 11 November (tahun ini).

Advertisement

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah, kejadian bermula pada Oktober 25 lalu sekitar jam 11.55 pagi, apabila mangsa telah terima satu mesej dari aplikasi whatssap bernombor 0128929042 yang memperkenalkan diri dengan nama Anggel dari Cashe Credit Sdn Bhd dan menawarkan kepada pengadu satu pakej pinjaman wang dari syarikat mereka dengan menyertakan sekali jadual pinjaman dalam whatssap tersebut.

“Pengadu telah berminat dan tertarik untuk buat pinjaman wang sebanyak RM15,000.00 dengan bayaran bulanan sebanyak RM185.00 selama 10 tahun,” ujar Lim.

Beliau berkata, bagi mendapatkan pinjaman berkenaan mangsa diminta membuat pelbagai bayaran yang dianggarkan RM6,462.00 membabitkan enam transaksi ke dalam tiga akaun,” kata Lim dalam satu kenyataan pagi ini (Selasa).

“Setelah bayaran dibuat, pengadu telah dijanjikan dalam tempoh 30 minit wang pinjaman pengadu akan dimasukkan ke dalam akaun Bank Rakyat pengadu tetapi sehingga laporan polis dibuat pengadu masih belum mendapat wang pinjaman pengadu,” jelasnya.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut. — DayakDaily

Advertisement