Juragan kapal warga India ditemui mati lemas

Pasukan SAR mengangkat mayat mangsa.
Advertisement

Oleh Dean Adam

MUKAH, Mei 15: Seorang juragan kapal warga India yang dilaporkan hilang sejak Isnin lepas ditemui mati lemas hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa, Lembodaran Nair Jayalatha, 27, ditemui dalam keadaan terapung kira-kira 50 meter dari lokasi terakhir mangsa dikatakan terjatuh di Sungai Batang Lassa.

Advertisement

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari ketiga ditamatkan sejurus itu,” katanya di sini hari ini

DayakDaily semalam melaporkan seorang juragan kapal warga India dilaporkan hilang selepas dikatakan terjatuh dari kapal di Pangkalan Feri Daro di sini.

Saksi memberitahu ketika kejadian kapal yang membawa muatan pasir itu telah ditambat berhampiran dengan Pangkalan Feri Daro.

Bagaimanapun ketika mangsa berjalan di tepi kapal, mangsa dikatakan telah tergelincir lalu terjatuh ke dalam Sungai Batang Lassa. — DayakDaily

Advertisement